OMG, tips buang lemak

#Assalammualaikum! Sep atas sep bawah sep depan sep belakang, jeli jeli wan to som *macam bebudak tak?*
Sumber - Encik Google.
Ramai remaja zaman sekarang mengalami masalah terlebih lemak kan kan? Termasuk saya sendiri *tunduk kepala*. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Don't worry be happy *senyum tunjuk gigi sekali*

First of all, kita kena kurangkan penggunaan lemak padat seperti mentega, margarin & lemak babi khinzir.
Kedua, kita kena sentiasa bersenam. Mungkin seminggu dua kali? Kalau isnin - jumaat busy, buatlah hari sabtu & ahad. Kalau sabtu & ahad busy jugak, apa pun tak boleh.

Ketiga, amalkan pepatah ini "Jangan minum ais kalau nak kurus!". Kenapa ais menggemukkan? Eh yeke? Jawapannya, ya. Kalau nak tahu sebabnya sila rajinkan diri anda untuk baca fakta dibawah ini :-
  • Bila kita makan, makanan akan lalu di esofagus (tekak) sebelum sampai ke organ percernaan yang lain dan akan berehat sebentar di esofagus (tekak). Lepas makan, kita pulak minum air yang berais & lemak yang ada dalam makanan tadi akan beku & memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran & lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul & kita menjadi semakin gemuk & menuju kearah mendapat pelbagai penyakit.
Keempat, makan banyak produk whole grain, sayur sayuran & buah buahan setiap hari. Ala kita pun dah tahu kan? Makanan macam ni memang banyak khasiat & rendah lemak. Mustahil korang tak boleh/tak pernah makan produk whole grain, sayur sayuran & buah buahan -_____-

Kelima, jangan makan FAST FOOD. Hahaha, "jangan makan" itu over sangat. Untuk permulaan, kurangkan dululah. Bukan senang nak tinggalkan dunia fast food :-\

Keenam, jangan makan setelah pukul 8 malam. Kenapa? Sebab bila kita tengok tv, lapar! Bila kita ngadap pc/laptop, lapar! Bila kita baca novel/komik, lapar! Nak makan makanan yang berat berat malas pulok, so kita akan makan coklat, keropok etc. Makanan sebegitu-kan tinggi kadar kalorinya. Betul tak betul tak? Betul lettew.

Dan yang terakhir sekali adalah, B E R U S A H A. Haha, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya ok. Kalau kita betul betul nak kurus, kita kenalah berkorban sikit kan kan? Ehe. *Pandainya aku nasihatkan orang, diri sendiri pun hampeh. Hahahaha, iGurau* Sama-samalah kita kuruskan badan. Selamat mencuba!

Credits -  

No comments:

Post a Comment