Periodic Table of Elements

Hi Assalammualaikum.

Lama dah tak update blog. Hampir setahun lamanya. Almaklumlah tahun lepas sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan PMR. Cuak senanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Result pun baik punya. Alhamdulillah. Berkat usaha & doa ibu bapa serta para sahabat.
Kalau nak tengok slip peperiksaanku, boleh tekan link kat bawah (malas nak upload, internet sangat lembab)
Kepada semua calon PMR 2013, buat betul betul. Dengar cerita tahun ni last PMR en? Wallahualam. Bukannya susah mana pun subjek subjek tingkatan tiga. Masuk tingkatan 4, hah ambik lagi susah. Jangan stress. Study smart don't study hard.
Tujuan buat post kali ni nak share cara mudah untuk hafal 10 unsur pertama dalam Periodic Table of Elements. Kalau yang masuk kelas Sains, mungkin tahulah ya apa itu Periodic Table of Elements.
Untuk permulaan, hafal 10 unsur sahaja dulu iaitu;
Hydrogen, Helium, Lithium, Beryllium, Boron, Carbon, Nitrogen, Oxygen, Fluorine & Neon.
Okay cuba play video kat bawah ni & hayati dulu ehehe. Dah? Amacam best tak? Comel je lagunya.
Susahkan kalau nak nyanyi tak ada lirik? Okay ini liriknya;
(*) Do you know the first ten element of the periodic table?
There's hydrogen, helium, lithium, beryllium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluorine and neon.
Hydrogen is a gas & number 1. Helium is a noble gas and so is neon.
Ulang (*)
Lithium and beryllium are metals, boron is a metalloid and carbon is a non metal.
Ulang (*)
Nitrogen is a gas just like oxygen, so its fluorine and its a halogen.
Ulang (*)
Senangkan? Tak sampai sehari dah boleh hafal. Ada satu lagi video, tapi lagu yang ni panjang sikit tapi best jugak. Lirik ada disediakan dekat bawah video tu.
Goodluck! (:

Maafkan saya

Pejam celik pejam celik, tahun 2012 hampir sampai ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Kekasihku yang sudah lama terpisah kembali lagi. Ramadhan namanya. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Dikesempatan ini, saya nak minta maaf sebenar-benarnya kepada semua hamba Allah yang pernah mengenali saya sekiranya saya ada;
  • Terkasar bahasa dgn awak
  • Mengumpat pasal awak
  • Menyindir awak
  • Menuduh awak yg bukan bukan
  • Memfitnah awak dkt orang ramai
  • Curi hati awak *ops* hehe
  • Mengutuk awak dalam hati
  • Sakitkan hati awak
  • Buat awak menangis siang & malam
  • Tak bayar hutang awak (minta dihalalkan)
Marilah kita bermaafan-maafan di bulan yang mulia ini. Semoga Allah S.W.T merahmati awak. Benda yang lepas jangan dikenang. Kita tidak lari daripada membuat kesalahan. Memaafkan kesalahan org lain itu perkara yg mulia. Tutup buku lama, buka buku baru. Selamat menjalani ibadah puasa & selamat hari raya aidilfitri yg akan tiba tidak lama lagi!