Selamat tinggal, 2011. Selamat datang, 2012.

Pejam celik, pejam celik esok dah masuk tahun 2012. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup sehingga tahun 2012. Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.

Azam tahun baru? Hmm tak terpikir pun. Azam tahun 2011 pun tak tercapai lagi, hahaha. Azam tahun 2012, belajar elok-elok, kurangkan online, tumpukan pada pelajaran je lah kot.
Kepada semua 97's, belajar elok-elok & semoga kemenangan milik kita semua. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan? Bangkit & buktikan kepada semua yang kita juga boleh berjaya. Semoga 8A milik kita semua! Amin amin ya rabbal alamin.

Selamat tahun baru semua! Jom pergi tengok bunga api. Ceh. Tengok bunga api? Dah bosan dah. Asyik tengok bunga api je. Tak ada benda lain ke? Lebih baik tengok Ombak Rindu. Uuu ada Aaron Aziz lagi. Hehehe.

No comments:

Post a Comment