K to the A to the W to the A to the N.

Best ke hidup tak ada kawan? Mesti bosan gila. Semua orang perlukan kawan. Tipulah kalau kau kata kau tak perlukan kawan. Kawan itu penting. Ya, penting. Dengan wujudnya kawan, kita takkan rasa sunyi.
Kalau nak pergi kedai, ajak kawan. Nak pergi toilet dekat sekolah, ajak kawan. Nak main bola, ajak kawan. Nak pergi tengok wayang, ajak kawan. Kalau boleh pergi mana mana pun nak ajak kawan. Kalau tak ada kawan, nak ajak siapa? Takkan nak ajak kucing...
Berkawan ada baik-buruknya. Janganlah berkawan dengan orang jahat contohnya penagih dadah, pencuri, perogol, peminum arak etc. Nanti kita pun terpengaruh..Dah nama pun 'orang jahat' mesti lah dia jahat. Berkawanlah dengan orang yang baik. Nanti kita pun jadi baik. Tak percaya?
Contoh : Ali pergi rumah Abu. Sampai je dekat rumah Abu, ibu Abu suruh Abu sembahyang Zuhur. Takkanlah Abu sembahyang, Ali tengok je kan? Mestilah Abu kena ajak Ali sekali. Dah alang kepalang tu, kang kalau balik lambat tak sempat pulak nak sembahyang Zuhur. So, Abu pun cakap dekat Ali "Ali, jom sembahyang sama-sama. Tak boleh tinggal solat tau, nanti tuhan marah..." Ali pun setuju. Ali & Abu pun sembahyang lah Zuhur bersama-sama. Tamat.

Hah faham tak? Faham tak? Tak faham? Meh kita terang. Untunglah kalau dapat kawan macam Abu, rajin orangnya, dengar cakap emak & tak tinggal solat. Kalau dapat kawan yang jahat? Bila emak suruh solat, "Ala jap gih lah orang solat." Then main PS2 dengan kawan sampai terlupa solat. Last last, dua-dua tak solat, dua-dua dapat dosa. Faham tak? FAHAM? Bagus, bagus.
Bila dah jumpa dengan kawan yang baik, hargailah mereka. Mungkin selepas ini kita tak akan pernah berjumpa dengan seseorang seperti dia lagi.
"A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be - Douglas Pagels."

No comments:

Post a Comment