Maafkan saya

Pejam celik pejam celik, tahun 2012 hampir sampai ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Kekasihku yang sudah lama terpisah kembali lagi. Ramadhan namanya. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Dikesempatan ini, saya nak minta maaf sebenar-benarnya kepada semua hamba Allah yang pernah mengenali saya sekiranya saya ada;
  • Terkasar bahasa dgn awak
  • Mengumpat pasal awak
  • Menyindir awak
  • Menuduh awak yg bukan bukan
  • Memfitnah awak dkt orang ramai
  • Curi hati awak *ops* hehe
  • Mengutuk awak dalam hati
  • Sakitkan hati awak
  • Buat awak menangis siang & malam
  • Tak bayar hutang awak (minta dihalalkan)
Marilah kita bermaafan-maafan di bulan yang mulia ini. Semoga Allah S.W.T merahmati awak. Benda yang lepas jangan dikenang. Kita tidak lari daripada membuat kesalahan. Memaafkan kesalahan org lain itu perkara yg mulia. Tutup buku lama, buka buku baru. Selamat menjalani ibadah puasa & selamat hari raya aidilfitri yg akan tiba tidak lama lagi!

No comments:

Post a Comment